I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 14 Mac 2012

UUM SANA-SINI



PSSCM UUM RANGKUL 3 PINGAT .




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Utara Malaysia (PSSCM UUM) telah berjaya merangkul tiga pingat melalui pasukan puteri di Karnival Wajadiri Institusi Pengajian Tinggi (IPT) PSSCM 1Malaysia kali ke-5 yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Yang Dipertua PSSCMUUM, Mohamad Rosanizam Mohd Saee berkata, tiga pingat yang diperolehi itu adalah dalam kategori ke-4 iaitu pingat emas, kategori ke-2 dengan memperoleh pingat perak dan pingat gangsa dalam  kategori ke-3.

“Kejayaan yang diperoleh ini adalah kejayaan untuk semua ahli UUM dan bukan kejayaan individu semata-mata.

“Bagi PSSCMUUM, ini merupakan penyertaan kali ketiga dan kita berbangga dengan kejayaan meraih tiga pingat ini, diharapkan pada penyertaan pada masa akan datang kita akan perolehi lebih banyak pingat lagi,” ujar beliau.

Karnival Wajadiri yang disertai oleh 57 pasukan IPT seluruh Malaysia dengan tema “Penuntut Berbudaya, Mahasiwa Berjaya telah dirasmikan oleh Guru Utama, Datuk Maideen Kadir Shah dengan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka selaku Presiden Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber:
Nik Mohamad Nizam Mohd Kamil


DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016


Tiada ulasan:

Catat Ulasan