I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 13 Mac 2012

UUM SANA-SINI... 

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) sedang dalam rangka menawarkan program baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian atau Bachelor of Creative Industry Management (Hons) - BCIM. 


Sehubungan itu, satu Mesyuarat Lembaga Penasihat Program telah diadakan di UUMKL pada 5 Mac 2012. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y Bhg. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM dan dihadiri oleh 9 orang ahli lembaga yang terdiri daripada ahli akademik dan penggiat industri kreatif tanah air termasuk FINAS, MDeC, MACP, Animonstra, Media Prima, Vision Animation dan ASWARA. Maklumbalas yang sangat positif telah diberikan oleh ahli lembaga penasihat berhubung penawaran dan kandungan program BCIM ini. Menurut Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, Dekan SMMTC, ahli lembaga penasihat berpendapat penawaran program BCIM ini merupakan suatu usaha yang amat baik ke arah pemantapan pengurusan industri kreatif negara. Ia dilihat sebagai satu tindakan yang tepat oleh UUM dalam menyokong Dasar Industri Kreatif Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan