I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 13 Mac 2012



BENGKEL VOKAL CIKGU SHAFI  (AF) MERIAH

Bekas tenaga Pengajar Akademi Fantasia dan guru vokal terkenal, Cikgu Shafi telah dijemput untuk mengadakan Bengkel Vokal bersama Cikgu Shafi pada 10 Mac 2012 yang lalu di Dewan Semarak Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Tradewinds, Universiti Utara Malaysia (UUM).


Keberkesanan teknik pengajaran itu juga telah mempengaruhi ibu bapa yang mahu anak mereka menyanyi semerdu juara AF seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz, Shahir dan Hazama tatkala menyertai pertandingan nyanyian. 

Berkelulusan Grade 8 Vocal (ABRSM) 2000 (Associated Board of the Royal School of Music (United Kingdom), Syafizawati Shariff atau lebih mesra dengan panggilan "Cikgu Shafi (AF)", kini tampil untuk membantu anda yang ingin mendalami seni vokal suara.







Merupakan guru vokal program Akademi Fantasia selama 5 musim, serta menjadi jurulatih vokal di Yamaha Music Centre (Ampang / Taman Melawati), Kolej Tuanku Jaafar (Mantin, Negeri Sembilan), Allegro Music School (Ampang), PDRM Band Singers (Bukit Aman) dan Galeri Guitar (Ampang), dan Sekolah Sri Bunga Raya.






Matlamat Bengkel Vokal ini diadakan adalah untuk membolehkan mahasiswa/i dan remaja mempunyai displin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik kearah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi, kreatif dan inovatif. 

Selain dapat membangunkan watak dan imej diri dengan penerapan nilai-nilai positif, ia juga dapat memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik golongan muda. Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui nyanyian/persembahan. Memupuk displin dan semangat kerjasama di kalangan belia. Memperkembangkan bakat golongan muda dan meningkatkan mutu kemahiran diri. 

INTIPATI BENGKEL.....

Apa Itu Suara?
Mekanisma Vokal
Mekanisma Penyokong Bunyi/Sistem Pernafasan Mekanisma Pengeluar Bunyi
Mekanisma Penghasilan Perkataan/ Sistem Penyebutan Postur, Kedudukan Dan Keadaan
Pernafasan Ketika Menyanyi
Mewujudkan Ton
Mengawal “Register” Anda Gema Dan Lontaran Suara Kedudukan Suara.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan