BENGKEL VOKAL CIKGU SHAFI (AF) MERIAH
Bekas tenaga Pengajar Akademi Fantasia dan guru vokal
terkenal, Cikgu Shafi telah dijemput untuk mengadakan Bengkel Vokal bersama
Cikgu Shafi pada 10 Mac 2012 yang lalu di Dewan Semarak Dewan Penginapan
Pelajar (DPP) Tradewinds, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Keberkesanan teknik pengajaran itu
juga telah mempengaruhi ibu bapa yang mahu anak mereka menyanyi semerdu juara
AF seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz, Shahir dan Hazama
tatkala menyertai pertandingan nyanyian.
Berkelulusan Grade 8 Vocal (ABRSM) 2000
(Associated Board of the Royal School of Music (United Kingdom), Syafizawati
Shariff atau lebih mesra dengan panggilan "Cikgu Shafi (AF)", kini
tampil untuk membantu anda yang ingin mendalami seni vokal suara.
Merupakan guru vokal program Akademi
Fantasia selama 5 musim, serta menjadi jurulatih vokal di Yamaha Music
Centre (Ampang / Taman Melawati), Kolej Tuanku Jaafar (Mantin, Negeri
Sembilan), Allegro Music School (Ampang), PDRM Band Singers (Bukit Aman) dan
Galeri Guitar (Ampang), dan Sekolah Sri Bunga Raya.
Matlamat Bengkel Vokal ini diadakan adalah untuk
membolehkan mahasiswa/i dan remaja mempunyai displin dalam membuat persembahan
dan menikmati muzik kearah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi,
kreatif dan inovatif.
Selain dapat membangunkan watak dan imej diri dengan
penerapan nilai-nilai positif, ia juga dapat memberi perluasan pengalaman
muzikal dan kesedaran estetik golongan muda. Memperkembangkan daya komunikasi
dan interaksi melalui nyanyian/persembahan. Memupuk displin dan semangat
kerjasama di kalangan belia. Memperkembangkan bakat golongan muda dan
meningkatkan mutu kemahiran diri.
INTIPATI BENGKEL.....
Apa Itu Suara?
Mekanisma Vokal
Mekanisma Penyokong Bunyi/Sistem Pernafasan Mekanisma
Pengeluar Bunyi
Mekanisma Penghasilan Perkataan/ Sistem Penyebutan
Postur, Kedudukan Dan Keadaan
Pernafasan Ketika Menyanyi
Mewujudkan Ton
Mengawal “Register” Anda Gema Dan Lontaran Suara
Kedudukan Suara.